Kongsi Petua - Redakan Demam Anak

 

Anak demam panas perlu dijaga rapi.

Redakan Demam Anak

Pasti anda risau bukan jika si manja anda demam? Lebih-lebih lagi jika bayi anda demam panas. Cubalah cara traditional untuk merawat demam atau sekurang-kurangnya meredakan demam anak anda. Namun, INGAT! Petua tradisional ini hanya cadangan sahaja dan anda disarankan untuk, membawa anak anda berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

Petua 1

- Tanpa perlu mengeluarkan modal, anda boleh gunakana kaedah ini. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramaskannya sehingga hancur. Sapukan lendir daun tadi pada kepala dan ubun-ubun bayi. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.

Daun bunga raya penawar demam

Petua 2

- Jika di rumah anda ada daun sirih, anda boleh lakukan kaedah ini. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Balutkan buah pinang di dalam daun sirih dan tumbuhkannya sehingga hancur. Campurkan bahan yang hancur bersama sedikit air suam dan sapukan pada ubun-ubun anak anda bagi meredakan demamnya.

Daun sirih

Petua 3

- Ubi kayu diketahui oleh orang lama dapat menyejukkan badan. Ambil sebatang ubi kayu dan kupas kulitnya. Cuci ubi yang telah dikupas tadi sehingga bersih. Seterusnya, parut ubi kayu dan tempekkan parutan tadi di dahi anak anda.

Ubi Kayu

Petua 4

- Ambil segenggam asam jawa dan rendamkannya ke dalam secawan kecil air. Ramaskan asam jawa dan sebatikannya dengan air tadi. Sapukan air asam jawa pada bahagian dahi dan tubuh anak anda. Biarkan asam jawa tadi kering di badan anak anda.

asam jawa

Jika suhu lebih daripada 38.5 darjah celsius, dinasihatkan untuk memberi ubat demam. Sebab risau suhu badan akan meningkat lebih daripada 41 darjah celcius yang menyebabkan sel protein dalam badan rosak. Ini akan menjejaskan metabolisma badan serta kebolehan badan untuk melawan jangkitan kuman tersebut.


BILA PERLU BAWAK PERGI JUMPA DOKTOR?


Kebanyakkan kanak-kanak yang demam boleh dirawat di rumah. Ada beberapa keadaan yang perlu bawak kanak tersebut berjumpa dengan doktor:

1) Demam melebihi 3 hari

2) Demam berserta sawan

3) Kurang menyusu ataupun minum air

4) Muntah dan cirit birit yang banyak

5) Kanak-kanak tidak aktif

6) Nampak terlampau letih


Simptom-simptom ini mungkin menunjukkan pesakit mengalami keadaan yang serius seperti demam denggi, jangkitan kuman pada selaput otak, jangkitan pada otak dan sebagainya. Maka, kena bawa pergi berjumpa doktor.


Kanak-kanak yang sedang demam tidak boleh bermain dengan kanak-kanak yang lain. Ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan tersebut boleh merebak kepada kanak-kanak yang lain.


KEBANYAKKAN KES DEMAM PADA KANAK-KANAK ADALAH TIDAK MERBAHAYA DAN AKAN SEMBUH DENGAN SENDIRINYA.


AKHIR KATA, MASA, REHAT YANG MENCUKUPI DAN KASIH SAYANG DARIPADA IBUBAPA ADALAH PENAWAR YANG PALING BERKESAN.

Terbaru Lebih lama