8 Adab Berjalan Kaki Menurut Islam

 

Photo by Lisa from Pexels

Kemampuan berjalan merupakan kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Islam mengatur tata cara atau adab berjalan dengan baik. Setiap Muslim apabila sedang berjalan haruslah menjaga dan menepati adab berjalan.


8 ADAB BERJALAN KAKI MENURUT ISLAM.

1) Seorang Muslim hendaklah berniat benar ketika hendak berjalan. Niatkan berjalan itu adalah tujuan yang baik, sebagai ibadah dan mengharapkan reda dari Allah SWT. "Apabila berjalan ke masjid, niatkan untuk beribadah kepada Allah. Jika berjalan untuk bekerja, niatkan untuk mencari rezeki yang baik dan halal untuk keluarga.

2) Sekiranya anda berjalan untuk sesuatu yang haram. Sesungguhnya, kedua kaki ini akan memberi kesaksian dan berbicara pada hari kiamat. Untuk itu. hendaklah menghindarkan diri dari berjalan untuk sesuatu yang dilarang oleh agama. Sebab, setiap hayunan langkah kita itu akan berbuahkan dosa.

3) Bersikap tawaduk dan tidak sombong. Allah telah berfirman di dalam al-Quran, :

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." [Surah Al-Israa' ayat 37]

"....Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Surah Lukman ayat 18]

4) Hendaklah seseorang  itu berjalan dengan langkah yang biasa, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat.

5) Tidak menoleh ke belakang. Menoleh ke belakang saat berjalan akan membuatkan anda tergelincir dan berlanggar.

6) Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan. Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat orang lain adalah dilarang dalam Islam. Selain itu juga tidak bolehh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana boleh mengundang kemarahan Allah SWT,

7) Berjalan dengan kuat. Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasullullah s.a.w ini lebih hampir dengan roh Islam. "Mukmun yang kuat lebih dicintai Allah SWT berbanding mukmin yang lemah," tuturnya.

8) Hindari gaya jalan yang dicela. Contoh berjalan dengan sombong dan takabur, berjalan dengan gelisah dan gementar; berjalan dengan longlai seperti orang sakit; bejalan meniru lawan jenis; berjalan terburu-buru dan terlalu cepat; serta berjalan seakan-akan melompat.

Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik dikisahkan, Rasulullah s.a.w telah memberi contoh berjalan dengan baik. "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berjalan dengan tegap." (Riwayat Muslim).

Ketika berjalan, Nabi Muhammad s.a.w mengangkat kedua kakinya tinggi-tinggi kerana baginda berjalan dengan tegap. Disebabkan tegapnya, Nabi s.a.w seakan-akan berjalan dengan tertumpu pada pangkal telapak kakinya. Rasulullah s.a.w berjalan dengan tegap, tidak longlai dan tidak berjalan seperti orang sakit atau perempuan.

Wallahualam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengembaraan bermula di sini!

Pelajari fakta menarik tentang manusia, haiwan, angkasa dan banyak lagi!

⭐ Mudah difahami
⭐ Ilustrasi menarik
⭐ Ilmu bermanfaat

Klik sahaja pautan di bawah untuk dapatkan buku Teroka Sains:






Terbaru Lebih lama