Dasyatnya Solat Dhuha - Mendatangkan Rezeki dan Menolak Kemiskinan

 

Solat Dhuha dipetik dalam HR.Bukhari & Muslim

Solat Dhuha adalah disunatkan kepada kaum Muslimin. Ia merupakan solat sunat yang dilakukan selepas terbit matahari sehingga masuk waktu zuhur. Waktu yang paling afdal menunaikan solat sunat tersebut adalah ketika matahari sedang naik (iaitu kira-kira pukul 8 pagi). Ketika itu pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.


Cara melaksanakan solat sunat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Ia juga boleh dilakukan dengan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tiada dalil yang menghadkan jumlah rakaat tertentu.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud, "Pada setiap pagi biasakanlah atas setiap anggota tubuh kamu bersedekah tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh melakukan kebaikan adalah sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan menunaikan dua rakaat solat Dhuha." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan Solat Dhuha

CARA PELAKSANAANNYA:

  • Niat diiringi dengan Takbiratul Ihram.
  • Membaca doa Iftitah.
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca satu surah dalam Al-Quran.
  • Bacaan yang afdhal adalah dari surah Asy-Syam pada rakaat yang pertama dan rakaat kedua surah Al-Lail.
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud pertama
  • Duduk di antara dua sujud
  • Sujud kedua
  • Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kemudia tasyahud akhir.
  • Memberi salam.
Setelah selesai mengerjakan solat sunat Dhuha, digalakkan membaca doa. Namun, doa yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

Doa Solat Dhuha

MANFAAT SOLAT DHUHA

Pertama: Solat sunat Dhuha merupakan tanda terima kasih kita kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan setiap sendi dalam tubuh kita. Menurut Rasulullah s.a.w setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 bahagian, setiap hari perlu diberi sedekah sebagai makanannya.

Kedua: Solat Dhuha juga merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru, yang mana mengharapkan hari yang akan dijalani menjadi hari yang lebih baik dari sebelumnya.

Ketiga: Ia sebagai pelindung seksaan api neraka pada hari akhirat kelak. Sebagimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barang siapa mengerjakan solat Fajar, kemudian tetap duduk di tempat solatnya sambil berzikir sehingga matahari terbit dan kemudian melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat, nescaya Allah SWT akan mengharamkan api neraka daripada menyentuh atau membakar tubuhnya." (Riwayat Al-Baihaqi)

Keempat: Pahala solat Dhuha sama seperti pahala haji dan umrah. Dari Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barang siapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan Umrah." (Sahih Al-Targhib: 637)

Kelima: Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha dengan ikhlas kerana Allah SWT akan dicukupi rezekinta. Dari Abu Darda, Rasulullah s.a.w bersabda, "Firman Allah, 'Wahai anak Adam, rukuklah (solatlah) kerana Aku di awal siang (solat Dhuha) empat rakaat, maka aku akan mencukupi (keperluan) mu sehinggan petang hari." (HR At-Tirmizi)

Keenam: Ghanimah (Keuntungan) yang besar akan diperoleh. Dari Abdullah bin Amir bin Ash, Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih cepat daripada tamat perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (iaitu) orang yang berwuduk kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan lebih cepat kembalinya." (Riwayat Ahmad)

Wallahulam.

----------------------------------------------------------------------------

RAHSIA-RAHSIA REZEKI YANG DIBONGKAR OLEH JUTAWAN DAN ORANG-ORANG KAYA DI LUAR SANA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama