Photo by Kaku Nguyen from Pexels |
Senario Kini Anak Yang Biadab
Akhir-akhir ini ibu bapa, penjaga, guru-guru dan pentadbiran sekolah dikejutkan dengan gelombang buruk akhlak anak-anak remaja dan pelajar sekolah yang sering berkelakuan biadab, kurang sopan atau kurang ajar.Terdapat banyak senario mengenai anak-anak biadap yang dapat kita lihat dalam masyarakat hari ini. Antaranya, anak mengherdik ibu atau bapa sendiri, anak melayan ibu bapa seperti hamba mereka dan anak mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu bapa.
Anak yang biadab terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:
- BIADAB TERHADAP IBU BAPA
Anak yang biadab kepada ibu bapa sering meninggikan suara, membantah, tidak mahu mendengar nasihat, bermasam muka, tidak hormat terhadap ibu bapa dan tidak memberi tindak balas yang baik terhadap ibu bapa. Biadab tahap tinggi dinamakan DERHAKA seperti menengking ibu bapa, memukul atau menyakitkannya atau membiarkan ibu bapa yang telah tua terlantar tanpa dijaga.
- BIADAB TERHADAP GURU
Murid yang biadab kepada guru tidak menghormati guru sebagai pendidik dan pembimbing. Mereka mengejek-ngejek guru, merosakkan kenderaan guru, menyakiti hati ahli keluarganya atau membuat bising di dalam kelas ketika guru mengajar.
- BIADAB DALAM MASYARAKAT
Masyarakat ialah anggota sesebuah keluarga, kampung, kariah atau penempatan yang seharusnya bersatu padu dan bertolong bantu antara satu sama lain. Anak yang biadab menganggap masyarakat sebagai orang lain atau dirinya sebagai orang asing. Antara komposisi masyarakat yang harus dibina hubungan baik ialah adik beradik, kawan-kawan, jiran, rakan setugas, orang yang berurusan dan orang ramai.
- BIADAB TERHADAP AJARAN AGAMA
Anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama sedari kecik termasuk adab-adab dalam Islam supaya mereka hidup beretika menurut displin dan syariat Islam dan tidak melanggar peraturan hidup beragama yang boleh dianggap sebagai biadab terhadap agama.
Petikan artikel Berita Harian |
Terkadang kita bertanya kepada diri sendiri, apa yang menyebabkan anak-anak ini menjadi biadab terhadap ibu bapa mereka sedangkan ibu bapa telah membesarkan mereka dengan bersusah payah.
Terdapat banyak punca anak menjadi kurang ajar terhadap ibu bapa. Namun, punca utama anak mereka jadi begitu adalah kerana usaha ibu bapa itu sendiri. Usaha mereka yang salah atau tidak betul yang menyebabkan anak mereka menjadi biadab terhadap mereka.
Apa yang diusakan, itulah hasil yang ibu bapa dapat. Mungkin tidak pada diri sendiri tetapi terjadi kepada anak. Oleh kerana usaha ibu bapa yang salah, anak-anak menjadi biadab terhadap mereka.
Antara faktor anak menjadi biadab, ialah:
Antara faktor anak menjadi biadab, ialah:
- Unsur Keturunan (GEN)
Umumnya ibu bapa yang soleh Insya'Allah akan melahirkan anak yang soleh dan solehah. Begitulah sebaliknya, kerana pertumbuhan mental dan fizikal anak-anak dipengaruhi oleh unsur gen ibu dan bapa sejak dalam kandungan lagi. Apalagi anak lahir, pengaruh persekitaran dan orang terdekat memainkan peranan penting.
- Kurang Pendidikan Agama
Pendidikan agama sebenarnya membawa pembentukan adab dan moral. Jadi, anak-anak yang tidak terdidik dengan agama akan mencari sumber lain untuk menjadi panduan dalam hidup bermasyarakat.
- Pengaruh Kawan-Kawan
Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan akhlak kawan-kawan kerana mereka berhubung dengan bahasa yang sama. Ciri-ciri negatif dan sifat mazmumah lebih mudah tersebar kerana ia sesuai dengan nafsu jahat manusia.
- Menentang Peraturan (Anti Establishment)
Kelakuan biadab mudah terserlah apabila seseorang bersikap menentang peraturan sama ada kepada majikan atau organisasi. Pengaruh emosi yang tidak terkawal juga adakalanya seseorang itu bersikap biadab.
- Hajat Tidak Tercapai
Apabila hajat dan kehendak anak-anak tidak dipenuhi oleh pelbagai faktor, mereka mudah memberontak, merajuk atau naik berang. Jiwa mereka memberontak. Luahan perasaan mereka boleh menjadikan mereka anak yang biadab.
- Membenci
Perasaan benci yang melampau terhadap seseorang dalam sesuat perkara menyebabkannya bertindak repulsif (sifat menolak) yang boleh nampak merupakan suatu tindakan biadab.
- Sombong
Sikap sombong dalam kalangan anak-anak sering disebabkan oleh pengaruh dan cara pendidikan mereka ketika kecil terutama jika mereka datang daripada golongan berada. Mereka sering memandang rendah terhadap kemampuan dan keberadaan golongan lain yang kurang bernasib baik. Wujudnya sikap ini menjadikan mereka anak yang biadab.
- Kurang Pergaulan
Anak-anak yang kurang bergaul dengan masyarakat menyebabkan mereka tidak mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan. Ada yang berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Kelemahan mereka dalam berinteraksi juga kadang-kadang dilihat seperti kurang adab atau kurang sopan.
- Memiliki Sifat Pemarah
Anak yang memiliki sifat pemarah secara semula jadi sering hilang kawalan terhadap emosinya dan tidak upaya untuk mengawal perasaan terutama ketika diprovokasi atau dibuli. Apabila mereka bertindak balas, nampak seperti mereka seorang anak yang biadab.
- Dimaki Dan Dihina
Anak-anak yang mempunyai jiwa yang masih suci dan bersih. Mereka tidak boleh dicaci atau dihina secara melampau atau berlebihan secara melampau atau berlebihan. Apabila sampai pada satu peringkat, mereka akan melawan seperti seekor anjing yang dikejar. dan apabila terdesak ke dinding, ia akan melawan balik itu dianggap biadab.
Pepatah ada mengatakan, "Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat." Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadab memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor. Namun, corak didikan dan latar belakang keluarga mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalm pembentukan sikap mereka meningkat dewasa,
Antara langkah proaktif yang patut diambil ialah:
- Beri pendidikan agama sejak kecil
- Halang daripada budaya barat
- Beri kasih sayang sepenuhnya
- Berlemah lembt dalam perbuatan dan perkataan
- Berkawan dengan anak
- Ibu bapa menunjukkan contoh yang baik
- Jangan beri kemewahan
- Jangan biarkan kesusahan melampau
Ibu bapa harus berfikir sejenak akan nasib generasi kita pada masa akan datang. Usia kita sudah sampai ke penghujung membawa ke senja. Kepada generasi muda hari inilah yang kita gantungkan harapan untuk mencorak warna masyarakat dunia akan datang.
Wallahulam...
________________________________________________________________________________