![]() |
12 Bulan Islam |
Makna 12 BULAN ISLAM
1) Muharam (Diharamkan)
Bulan ini haram berperang atau menumpahkan darah. Ketika Islam datang, larangan perang pada bulan tersebut berdasarkan firman Allah SWT Surah Al-Baqarah, "Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu."
2) Safar (Kosong atau kuning)
Semua lelaki bangsa Arab meninggalkan rumah, ada yang pergi perang, berniaga atau mengembara sehingga rumah-rumah kosong ditinggalkan kaum lelaki.
3) Rabiul Awal
Kesemua lelaki yang tadinya meninggalkan rumah sudah kembali menetap di rumah keluarga masing-masing.
4) Rabiul Akhir (Menetap yang kedua atau penghabisan)
Bulan keempat dinama kan Rabiul Akhir atau rabi'as-sani. Dinamakan demikian kerana semua lelaki meninggalkan rumah telah kembali dan menetap di rumah masing-masing untuk terakhir kalinya.
5) Jamadil Awal (Kekeringan pertama)
Dinamakan demikian kerana bulan ini kemarau melanda negara Arab.
![]() |
Tarikh-tarikh penting kalendar Islam |
6) Jamadil Akhir (Kemarau kedua atau penghabisan)
7) Rejab (Mulia)
Orang Arab dahulu memuliakan bulan ini dengan acara sembelih anak unta yang pertama daripada ibunya. Qurban ini disebut Fara'a dan dilakukan pada 1 Rejab. Pada 10 Rejab disembelih lagi anak unta tetapi tidak mesti anak unta pertama. Penyembelihan qurban ini disebut 'Atirah'. Kebiasaan ini kemudian dihapuskan oleh ajaran Islam.
8) Syaaban (Berserak-serak)
Dinamakan demikian kerana bulan ini masyarakat Arab dahulu bertebaran pergi ke lembah-lembah dalam usaha mencari air. Pada waktu ini terjadi musim kemarau sehingga mereka dilanda kesulitan air.
9) Ramadan (Panas sangat terik atau terbakar)
Bulan kesembilan disebut Ramadan. Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu cuacanya sangat panas. Jika orang berjalan tanpa alas kaki, telapak terasa terbakar. Pada zaman Islam, erti kata terbakar ini dimaksudkan sebagai pembakaran dosa bagi orang yang melakukan puasa di bulan Ramadan.
10) Syawal (naik).
Dinamakan demikian kerana pada bulan ini orang Arab biasanya akan menunggang unta. Pinggul unta dipukul sehingga ekor untuk menjadi naik. Pada masa Islam, Syawal diertikan sebagai peningkatan amal kebajikan setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.
11) Zulhijjah (yang empunya haji)
Ibadah haji sebenarnya sudah dilaksanakan sejak Nabi Adam AS dan semua nabi-nabi sebelum Rasulullah SAW walaupun tatacara ibadah haji mereka tidak diketahui secara pasti bahkan orang Arab jahiliah juga melaksanakan ibadah haji dengan tatacara tertentu yang berbeza dengan amalan ibadah haji dalam Islam.
12) Zulkaedah (Yang empunya duduk)
Bulan kesebelas Zulkaedah. Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu orang Arab mempunyai kebiasaan duduk-duduk di rumah, tidak berpergian atau mengadakan perjalanan.
Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian
![]() |
Kompas Hidup Bersyariat |
Islam adalah agama yang lengkap. Semua aspek kehidupan ada hukum-hukumnya. Bagaimana cara ulama menentukannya? Apakah kompas yang digunakan dalam membezakan mana yang wajib, sunat, harus, makruh dan haram?
Buku ini membicarakan mengenai Qawaid Fiqhiyyah atau kaedah-kaedah Fiqh yang digunakan oleh para ulama sebagai salah satu ilmu dalam menetapkan hukum. 300 aplikasi yang diberikan dalam buku ini melibatkan segenap aspek kehidupan.
Klik Link di bawah untuk membuat pembelian :