Pahala Seperti 240,000 Rakaat Solat Setiap Hari

Kusyuklah ketika solat

Bagaimana mendapat pahala seperti mengerjakan 240 000 rakaat solat setiap hari?


Berusaha jangan tinggalkan 2 solat setiap hari:

(1) 4 rakaat sunat sebelum (qabliyyah) Zohor, dan

(2)
4 rakaat sunat selepas (ba’diyyah) Isya’


Kerana:

(1) Rasulullah bersabda:


“Empat rakaat sebelum Zohor sama seperti pahala melakukannya selepas Isya’ dan empat rakaat yang dilakukan selepas sembahyang Isya’ sama seperti pahala melakukannya pada malam Lailatul Qadar.” (Riwayat Imam Ath-Thobrani dalam AlMu’jam al-Kabir dan Al-Mu’jam al-Wasith.) 

(2) Hadis lain:

“Daripada Sayyidina Ibnu Umar radhiyallahu anhuma berkata: Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang sembahyang Isya’ secara berjemaah dan sembahyang 4 rakaat (selepasnya) sebelum dia keluar daripada masjid, adalah ia sama seperti  pahala melakukannya pada malam Lailatul Qadar.” (Riwayat Imam Ath-Thobrani dalam AlMu’jam al-Kabir.)   

(3) Dalam hadis mauquf disebutkan:

“Daripada Sayyidina Abdullah bin Amru bin Al-Ash berkata: Sesiapa yang bersembahyang 4 rakaat selepas Isya’, sembahyang 4 rakaat itu nilainya seperti 4 rakaat sembahyang yang dilakukan pada malam al-Qadr (Lailatul Qadar).” (Riwayat Imam Ibnu Abi Syaibah. Sanadnya shahih.) 

Catatan:Satu rakaat yang dikerjakan pada malam Lailatul Qadar sama dengan 30000 rakaat pada malam-malam selainnya. (Lihat An-Nasho’ih ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah, ms. 140.) 

Justeru: 
  • 4 rakaat sunat sebelum Zohor = 4 rakaat sunat selepas Isya’ rakaat sunat selepas Isya’ seperti melakukannya pada malam Lailatul Qadar = 1 rakaat pada malam Lailatul Qadar sama dengan 30000 rakaat pada malam-malam lain
  • 4 rakaat sunat sebelum Zohor (120 000 rakaat) + 4 rakaat sunat selepas Isya’ (120 000 rakaat) 240 000 RAKAAT
“Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.” – Al-Ankabut , Ayat 45

Bagaimana Untuk Solat Dengan Khusyuk?

Ustaz Hasnan Mengupas Perkara Ini Dengan Lebih Mendalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama