5 CARA MUDAH UNTUK MULA BERNIAGA

Image by Shahid Abdullah from Pixabay 

5 CARA MUDAH UNTUK MULA BERNIAGA


1. PROMOTE DI GROUP WHATSAPP
Post kan bahan-bahan iklan contoh gambar atau copywritting di semua group yang kita ada. Kalau kita ada 5 group yang ada 100 orang dalam setiap group, anda dah ada 500 orang yang nampak apa anda cuba menjual. Takkan satu pun tak ada yang membeli? Kalau bukan hari ini mungkin esok lusa, siapa tahu, kan? Dan mereka jugak akan bagitahu orangg sekeliling mereka bahawasanya anda dah mula berniaga produk....

2. POST DI INSTAGRAM ANDA
Post kan produk anda di instagram anda. Kalau admin, admin akan post di WALL ataupun STORIES IG anda. Pastikan anda buat setiap hari supaya follower-follower anda tahu apa yang anda sedang berbisnes.

3. POST KAN DI FACEBOOK
Post setiap hari berkenaan produk anda di fb wall anda. Untuk nampak lebih meriah anda boleh share anda punya posting tu di setiap group yang anda likes. Kalau admin,  admin akan disiplinkan diri untuk post berkenaan produk admin di 50 group setiap hari. Cuba anda bayangkan kalau 1 group ada 50k member. (50 group + 50k members = 2.5 juta orang nampak produk anda tanpa anda keluarkan apa-apa cost marketing pun! Tetapi harus diingat, tidak semua group benarkan kita beriklan. Anda kena cari group yang benarkan ahli group beriklan. Kalau tidak, tak pasal-pasal, fb anda pulak kena blok.

4. POST KAN DI TWITTER
Twitter adalah satu tempat yang sangat baik untuk viralkan produk yang kita jual. Mana tak ye twitter kan tmpat keyboard warrior! Hahah. So kalau anda pandai dalam buat ayat, buatlah satu ayat yang gempak untuk viralkan produk anda di twitter. Mungkin kali pertama tak menjadi, tapi anda tak tahu tweet mana satu yang akan pergi viral! Dont stop trying to tweet everyday.

5. PROMOTE DI TELEGRAM
Anda boleh buat channel telegram yang anda masukkan semua produk anda di channel tersebut. So anda lebih mudah nak promote produk anda. Setiap hari anda hanya promote link telegram anda sahaja tak payah promote gambar sebab org akan tengok gambar produk anda di telegram.

6. GUNAKAN KUASA MULUT KE MULUT
Ini adalah salah satu marketing yang terbaik, anda boleh promote dulu barang-barang yang anda jual di kawan sekeliling anda, pada family anda dan orang-orang yang rapat dengan anda. Ia memudahkan pembelian kerana 'trust' mereka kepada anda.

Sekian coretan kali ini. Happy Selling!!


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama