Baiknya Akhlak |
Kebersihan yang dituntut Islam bukan hanya membabitkan diri sendiri, bahkan persekitaran yang dikelilingi pelbagai makhluk Allah. Umat Islam bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kerana ia termasuk perkara yang menzahirkan kasih sayang.
1) Akhlak seorang muslim pada diri sendiri adalah berakhlak terhadap jasmani iaitu sentiasa menjaga kebersihan.
Islam menjadikan kebersihan sebahagian dari iman.
Seorang muslim harus bersih dan suci badan, pakaian dan tempat, terutama ketika melaksanakan solat dan beribadah kepada Allah.
2) Menjaga makan dan minum - Makan dan minum merupakan keperluan kepada tubuh manusia meneruskan kehidupan. Allah SWT memerintahkan kepada manusia agar makan dan minum dari sumber yang halal dan tidak berlebihan. Sebaiknya sepertiga dari perut untuk minuman, dan sepertiga untuk udara.
3) Menjaga kesihatan - Menjaga kesihatan bagi seorang muslim merupakan kewajipan dan ibadah kepada Allah SWT. Riadah atau latihan jasmani sangat penting dalam penjagaan kesihatan, walau bagaimanapun riadah harus dilakukan menurut etika yang telah ditetapkan oleh agama Islam.
4) Menjaga aurat - Manusia telah dikurniakan oleh Allah akal, budi pekerti dan kehormatan, sehingga terdapat bahagian-bahagian badannya yang harus dilindungi (aurat) dari fitnah dan gangguan seperti pencemaran, cuaca panas dan lain-lain.
5) Berakhlak terhadap akal - Menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap muslim, sekaligus sebagai membentuk akhlak seorang muslim, ilmu yang dituntut tidak terhad kepada bidang syariah, malah haruslah berkait dengan bidang-bidang lain, seperti ekonomi, teknik, politik dan sebagainya.
6) Berakhlak terhadap jiwa - Bertaubat serta meninggalkan seluruh dosa dan kemaksiatan. Seorang muslim menyertai menyesali perbuatan dosa yang telah lalu dan berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan dosa tersebut pada waktu yang akan datang.
7) Cara untuk memelihara akhlak terhadap diri sendiri - Sabar diungkapkan ketika melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan ketika ditimpa musibah. Bersyukur dengan ucapan dan memuji Allah serta memanfaatkan nikmat yang Allah berikan kepada kita sesuai dengan aturan-Nya
8) Sikap tawaduk melahirkan ketenangan jiwa, menjauhkan dari sifat iri hati dan hasad dengki kepada orang lain. Shidiq, seorang muslim harus dituntut selalu berkata benar iaitu benar hati, benar perkataan dan benar perbuatan.
9) Amanah. Semakin menipis keimanan seseorang, semakin berkurangan sifat amanah pada diri sendiri.
Rasulullah SAW bersabda bahawa: "tidak (sempurna) iman seseorang yang tidak amanah, dan tidak (sempurna) agama orang yang tidak menunaikan janji." (HR. Ahmad)
10) Sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.
"Katakanlah bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka istiqamahlah menuju kepada-Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang bersekutukan-Nya" (Fussilat 41:6)
11) Iffah merupakan sifat menahan diri daripada perkara yang berbentuk kemaksiatan dan yang ditegah. Sentiasa memohon kepada Allah supaya dihindari daripada perkara-perkara maksiat dan yang ditegah, serta diberikan kesolehan hati dan jiwa.
12) Sifat pemaaf dan berlapang dada adalah sifat yang terpuji Rasulullah SAW yang harus kita contohi. Islam mengajarkan kita untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain tanpa harus menunggu permohonan maaf dari pihak yang bersalah.
================================================================
Buku 'Jangan Buat Baik, Buatlah yang Terbaik' |