Tangisan Satu Terapi Perubatan

 

Kesedihan Melanda

Tangisan Satu Terapi Perubatan

Menangis merupakan salah satu pelajaran terpenting dalam Islam. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis.

Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis. Para nabi dan rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka.


Menangis Dari Sudut Perubatan

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Zat-zat kita yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalu tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung. Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit.

Universiti Temple dan Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan.

Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.

Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.


4. Membebaskan racun dari badan.

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan"



Saintis saintis dan pakar mata berpendapat, air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan, menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein,

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium, Hal ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia, la dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

"Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami dua biji mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata." -Rasulullah SAW-

------------------------------------------------------------------------------------------------

Fasobrun Jamil: Nasihat-Nasihat Penguat Jiwa Untuk Kamu yang Hampir Berputus Asa







Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama