Tips Jualan Dalam Pemasaran

Photo by Artem Beliaikin from Pexels

Pengalaman adalah guru terbaik. Begitu juga dalam jualan.

Jualan melibatkan proses membangunkan hubungan dengan pelanggan dan memberikan nilai tambah kepada mereka.

Pelanggan membeli kerana adanya perbezaan dalam produk dan bukan atas dasar persamaan.

Fahamilah pelanggan anda dan mereka akan memahami anda.

Jualan bukan hanya mempengaruhi pelanggan bagi membeli produk anda dan pada akhirnya anda mendapat komisen. Jualan sebenarnya lebih daripada itu. Ia adalah proses yg berkait dengan emosi.

Kejayaan dalam menjual banyak bergantung pada sikap dan sifat anda berbanding apa yg anda tahu. Walaupun ilmu pengetahuan itu berguna, kejayaan yang berkekalan datang dari dalam diri anda yang didorong oleh nilai dan etika yang betul.

Hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dibina atas dasar percaya. Manusia mempercayai kita jika kita adalah manusia yang boleh dipercayai.

Pelanggan mempercayai dan bersikap terbuka apabila anda mendengar, mengambil berat dan berkeinginan memahami mereka.

Pelanggan sebenarnya dalam diam merayu kepada anda, 'Janganlah cuba menjual barangan kepada kami, tetapi dengar, fahami dan beritahu kami yang anda dapat membantu kami'.

Kejayaan dalam jualan bergantung pada 85 peratus emosi dan 15 peratus strategi.

Persembahan anda menjadi berkesan apabila anda memberi tumpuan pada keperluan pelanggan, memuaskan kehendak ataupun menyelesaikan masalah mereka lebih daripada tumpuan pada produk ataupun perkhidmatan anda.

Sekiranya nilai, motif dan keinginan anda membantu pelanggan berada di landasan yang betul, maka tindakan dan reaksi anda juga menjadi betul.

Salah satu cabaran utama dalam jualan adalah mengawal emosi anda. Pelajari cara mengurus emosi anda dan anda dpt mengurus jualan anda.
Jualan bukan hanya didorong oleh pengetahuan dan kemahiran sahaja walaupun kedua-duanya adalah perkara asas dalam jualan.

Semakin kerap kita cuba mempengaruhi pelanggan, semakin jauh mereka cuba lari daripada kita. Tetapi semakin kerap kita cuba memahami dan menghargai mereka, semakin kerap mereka cuba mempengaruhi kita.

Setiap manusia adalah jurujual. Hanya yang membezakannya adalah apa yang dijual dan motif jualannya.

Membuat panggilan boleh menjadi pengalaman pahit kepada jurujual.

Skrip hanyalah garis panduan bagi diikuti, bukan bagi dibaca.

Proses membuat keputusan bermula semasa persembahan anda.

Semua orang adalah jurujual.

"Happy Selling!"
--------------------------------------------------------------------------------

RAHSIA YOUTUBER NAIKKAN VIEWS DENGAN HEADLINE!!
 Rahsia Youtuber Naikkan View

EBOOK NI SESUAI UNTUK:


# Anda yang baru buat Channel Youtube (NEWBIE)

# Anda yang dah lama buat Youtube tapi Views masih mengecewakan.

# Anda yang tak ada idea nak buat headline untuk Video Youtube.

# Anda yang tak tahu cara sebenar bagaimana headline berkuasa dalam Youtube.

# Anda yang belum ramai Subscriber.

 click here


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama