Tambah Jumlah 'LIKE' |
Tambah Jumlah "LIKE"
Berdasarkan pengalaman sendiri dan usahawan-usahawan bisnis online yang menggunakan FACEBOOK PAGES, membina istana perniagaan yang kukuh menerusi laman sosial ini adalah berdasarakan dua faktor iaitu:
1. Kuantiti
2. Kualiti
Kuantiti
"Lagi besar jumlah Like di Facebook Pages, lagi besar potensi bisnis."
Ini adalah kata-kata yang dipungut daripada usahawan Facebook yang berjaya menghasilkan puluhan ribu ringgit menerusi laman sosial milik Mark Zuckerberg.
Kuantiti adalah penting bagi meluaskan lagi sayap potensi bisnes. Oleh yang demikian, satu daripada fokus usahawan adalah mencari cabang dan jalan yang pelbagai, untuk meraikan lebih ramai komuniti Facebook Pages mereka.
Kualiti
"Banyak Like tidak bermakna banyak duit masuk"
Kenyataan ini agak pedas dan boleh memusnahkan usahawan yang memiliki Like yang besar dalam Facebook Pages mereka. Namun di sebalik kepedasannya, kenyataan ini ada kebenaran yang tersendiri.
Satu daripada tragedi ngeri yang berlaku dalam diri usahawan Facebook adalah terlalu obses dengan kuntiti. Sehingga terlupa faktor yang menyebabkan Facebook Pages itu laku adalah berkaitan dengan kualiti.
Kualiti yang dimaksudkan adalah:
- Pengguna Facebook yang menjadi rakan komuniti terdiri daripada sasaran pengguna yang kita mahukan
- Mereka ini terdiri daripada golongan yang berpoket tebal
- Mereka terdiri daripada golongan yang positif dan responsif pada bisnes kita.
Untuk berjaya menghasilkan keuntungan yang besar berkali-kali menerusi Facebook Pages, gabungkan kedua-dua elemen kualiti dan kuntiti.
Tiga Strategi Mudah Tambah Like
1. Rajin menginspirasi
- Suntik virus atau dos motivasi kepada komuniti.
- Tujuannya supaya Facebook Pages kita dihebahkan secara neutral dan viral.
2. Bayar iklan
- Gunakan Facebook Ads atau dikenali sebagai pengiklanan Facebook.
- Alat ini adalah alat yang berbayar. Jika digunakan dengan cara yang betul, maka impaknya juga besar.
- Kos pengiklanan untuk tambah jumlah Like Facebook Pages boleh dilakukan dengan nilai serendah RM0.01
3. Mencipta puak bisnes setia
- Bina Like yang berkualiti dengan mencipta puak
- Iaitu membina hubungan yang rapat dengan rakan komuniti