Perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah
Hebat by Ustaz Don Daniyal
Dalam
kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi
kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya
semakin jauh dengan Allah SWT.
Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari
kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar
dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya
kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh
sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah
termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca
Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling
tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan
tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga
sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan
solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga
sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat
Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah,
sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga
wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah
Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa
selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua
doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan
istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita
akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir
adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita
kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan
dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah
ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi
manfaat pada semua.
|