Ada kalanya sudah menjadi lumrah bagi sesetengah golongan untuk makan secara berlebihan semasa berbuka. Ada juga yang akan makan berganda selepas tarawih. Menurut kajian, berat badan mudah naik apabila seseorang kuat makan pada sebelah malam. Lazimnya, anda digalakkan untuk makan awal atau mengelak daripada makan secara berlebihan terutama 3 hingga 4 jam sebelum waktu tidur. Ini kerana perut yang kekenyangan akan merangsang kegemukan. Selaim itu, apabila berbuka atau bersahur, kurangkan pengambilan sajian yang manis dan berminyak. Sebaik-baiknya anda perlu mempraktikkan berhenti makan sebelum perut kenyang.
3) Jangan terlepas sahur
Jangan elak bangun sahur walaupun anda sedang berdiet. Alas perut walaupun sekadar menikmati minuman segelas air, susu dan juga kurma. Ia penting kerana dapat memberikan tenaga untuk memulakan hari anda.
4) Ambil protein yang mencukupi, sayur dan buah segar
Selain itu, elak sajian masin semasa bersahur kerana kandungan garam yang berlebihan akan membuat tekak kehausan di siang hari. Untuk melengkapkan pemakanan yang sihat, pastikan untuk mengambil sayur dan buah-buahan segar. Jika ingin menikmati minuman manis, elakkan daripada minuman air sirap atau manisan berperisa. Sebaliknya, buat sendiri jus buah-buahan atau smoothie bebas gula.
