Manfaat Setiap Saat

 

Masa tidak menunggu kita

MANFAAT SETIAP MASA

Kita ada saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad dan abad dalam kitaran hidup kita. Bezanya cuma pada tempoh masa yakni pendek atau panjang. Individu yang produktif adalah individu yang menulis dan melakar perjalanan hidupnya pada setiap saat.

Hal ini bermaksud tiada istilah bertangguh. Kita tidak mahu tangguhkan apa-apa sahaja pekerjaan yang mencipta manfaat ke satu masa yang masih jauh seperti minggu depan, bulan depan atau tahun depan.

Individu yang produktif akan bermula sekarang. Apabila kita ada saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad dan abad, kita mahu manfaatkan saat yang berharga itu. Oleh dengan itu, individu yang produktif akan memanfaatkan setiap saat dalam hidupnya.

Masa Peliharalah.

Masa boleh menjadikan sesebuah masyarakat dan negara maju terkehadapan dengan pembangunan high technology dan menjadi kuasa besar dunia. Penyusunan masa, time-management, quality times sangat penting untuk diwujudkan dalam diri setiap individu terutama bagi mereka yang ditaklifkan untuk memegang amanah dan tanggungjawab.

Buku ini menceritakan:

Betapa masa sangat penting untuk diuruskan dalam kehidupan

Menganalisis kepentingan memelihara masa dari pelbagai sudut pandang sama Al-Quran, Al Hadis dan juga pada pandangan para Ulama’

Ia turut menyajikan pelbagai kisah-kisah yang sangat mengujakan tentang bagaimana tokoh-tokoh hebat dunia memelihara masa.

Mengandungi nasihat dan panduan yang sangat beguna dan praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama