Instagram antara platfom media sosial yang paling popular |
7 TEKNIK MUDAH NAIKKAN FOLLOWER
Siapa je yang tak nak ramai followers di Instagram lebih-lebih lagi mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial adalah salah satu strategi marketing.
Bagi sesiapa yang menjalankan business di Instagram, sangat penting untuk memiliki ramai followers ini untuk lebih ramai lagi orang tahu kewujudan produk atau perniagaan kita dan juga untuk meningkatkan jualan. Kita tak boleh kekal dengan pengikut yang ada saja, followers Instagram harus bertambah setiap hari! Memandangkan Admin juga melakukan business di
Instagram, Admin nak kongsi tips yang Admin guna untuk tambah followers ini kepada mereka yang baru berjinak untuk memulakan business di
Instagram.
INGAT, tips yang akan dinyatakan haruslah dipraktiskan setiap hari tanpa ada lopang.
1) Teknik Follow Followers Insta Famous
Cari mana-mana insta yang famous yang ada di Malaysia ini (contoh: @neelofa). Apa yang perlu dibuat? Follow la setiap followers yang dimiliki insta famous dan hendak lah dilakukan setiap hari kerana apa yang sudah diketahui, untuk follow IG dalam satu hari ada hadnya juga. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik curi follower insta.
Gambar 1 |
2) Teknik Follow Insta Business
Teknik ini sebenarnya sama saja dengan teknik yang pertama. Cuma teknik follow insta business ini di mana contoh kalau kita berniaga produk kecantikan, jadi kita kena cari produk apa yang famous sekarang ini (contoh: @datoserivida_quputeh), follower instagram business tersebut dan jangan lupa untuk gunakan teknik curi follower insta. Pastikan bila lakukan teknik ini jangan fokus pada hanya satu insta business yang diceburi, boleh juga untuk follow insta business yang lain.
Gambar 2 |
3) Teknik Trending Hashtag
Gambar di atas adalah contoh trending hashtag di Instagram. Kenapa perlu 'hashtag'? Rasanya semua dah tahu apa saja yang dicari oleh pengguna instagram yang lain lebih berdasarkan kepada hashtag. Contohnya, #nursajat adalah salah satu hashtag yang trending sekarang ini memandangkan kisahnya sudah menjadi viral di seluruh Malaysia. Guna saja berapa banyak hashtag, lebih banyak hashtah lebih luas lagi produk kita dilihat.
Gambar 3 |
4) Teknik Tinggalkan Jejak
Teknik ini digunakan bila kita ke insta famous, tinggalkan sekali comment atau jejak supaya ramai yang tahu kewujudukan instagram kita. Kebiasaan teknik tinggalkan jejak ini dilakukan di insta artis-artis. TAPI INGAT, jangan terlalu agresif tinggalkan jejak di ruangan comment ini... Takut mula nanti di block.
Gambar 4 |
5. Gambar Yang Dipost di Akaun Instagram menarik
Gambar 5 |
6. LIKE Gambar/Follow Akaun Instagram Target Customer Anda
7. Selalu Upadate dan Post Instagram Pada Waktu Yang Sesuai
Antara cara lain untuk menaikkan follower atau like di akaun instagram adalah anda mesti tahu waktu yang sesuai untuk update atau post di akaun instagram anda. Disini saya nak kongsikan dengan anda waktu yang ideal untuk anda post atau update akaun instagram anda.
7.00 pagi – 8.30 pagi
Hari minggu pada waktu sebegini kebiasaanya orang sedang bersarapan, tengah bersiap ke tempat kerja, atau sudah sampai ke tempat kerja. Mereka biasanya akan meluangkan masa mereka sebentar untuk meninjau-ninjau instagram mereka. Jadi waktu ini amat sesuai untuk update atau post sesuatu di akaun instagram anda. Pada hujung minggu pula kebiasanya waktu ini tidak begitu effective kerana kebiasaanya tidak ramai orang yang bangun pagi pada hujung minggu.
12.00 tengah hari – 2.00 petang
Kebiasaanya waktu sebegini pengguna instagram memang sedang aktif disebabkan pada waktu tersebut adalah waktu lunch hour atau waktu rehat. Jadi waktu sebegini amat-amatlah sesuai untuk peniaga online update barangan yang mereka jual di instagram kerana waktu ini mereka senang untuk mendapatkan perhatian dari rakan-rakan atau pengguna instagram yang lain. Pada waktu ini kebanyakan pengguna instagram amat aktif kerana mereka akan mengisi masa yang terluang untuk melihat instagram mereka.
6.00 petang – 10.00 malam
Waktu sebegini kebisaanya adalah waktu dimana orang sudah pulang bekerja dan sedang berehat dirumah. Jadi waktu ini adalah waktu keemasan anda untuk mengupdate atau post sesuatu di akaun instagram anda. Kebanyakan pengguna-pengguna laman sosial amat aktif pada masa tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini di laman sosial. Jadi kebarangkalian anda untuk mendapat perhatian daripada mereka amat tinggi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOM NAIKKAN FOLLOWERS DENGAN MUDAH !!!
BalasPadamHAH? MACAM MANA? Dengan JOMVIRAL.SHOP anda boleh proceed pembelian sendiri, anda boleh track status sendiri dan bukan itu sahaja terdapat banyak servis lain yang ditawarkan buat anda . tanpa perlu login ke account anda, berminat? Untuk info lebih lanjut ..
KLIK SINI
www.jomviral.shop
Saya mahu naikkan followers saya
BalasPadam