Facebook antara media sosial yang popular masa kini |
Waktu Terbaik Promosi di Facebook
Ramai peniaga yang berniaga secara online sepenuh masa dan ramai juga yang secara part-time. Apapun, promosi sangat penting untuk memastikan perniagaan kita diketahui ramai. Antara medium promosi dan pengiklanan yang baik adalah di Facebook.
Berikut adalah perkongsian mengenai waktu terbaik untuk membuat promosi di Facebook. Semoga mendapat manfaat dalam mengembangkan perniagaan kita. Waktu Terbaik Promosi di Facebook
Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9 pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.
Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?
(8AM – 10AM)
Waktu ini adalah waktu pelanggan anda ke pejabat, kelas dan sebagainya. Lebih mudah dikatakan mereka di dalam kereta, jalan kaki dan sebagainya.
Tidak sesuai untuk anda menjual pada waktu ini.
Anda boleh post sesuatu yang relax atau iklan soft sell berkaitan produk anda.
Teknik soft-sell ni dilakukan secara halus dan lebih kepada memperkenalkan, rekomen, bercerita dan tak nampak seperti anda menjual pun.
Disini prospek akan mengetahui tentang anda dan kepakaran anda yang boleh membantu masalah prospek.
Tiada lah prospek anda rasa terganggu dengan post anda tu kan.
(12 PM – 2 PM)
Waktu rehat tengah hari atau orang keluar dari pejabat untuk berehat.
Masa ini sesuai untuk anda lakukan sedikit hard- sell atau story telling kerana pelanggan anda sedang bersantai dan akan melayari media sosial mereka.
Hard-sell disini anda boleh membuat jualan seperti promosi dan menerangkan secara terperinci tentang produk anda termasuk harga dan sebagainya.
Oleh kerana pada awal tadi anda sudah buat kaedah soft-sell, dengan kaedah hard-sell ni prospek akan lebih jelas tentang apa yang anda kiaskan dalam soft-sell sebelumnya dengan melihat detail produk tersebut yang mampu membantu mereka.
Kenapa buat hard-sell pada masa ni?
Tak macam memaksa ke?
Kan senang kalau mereka dah tahu detail produk.
Sebab pada masa inilah prospek mempunyai masa untuk membuat bayaran atau pergi ke bank untuk lakukan bayaran.
(4 PM – 6 PM)
Ini adalah waktu kebanyakan orang akan pulang dari tempat kerja.
Masa ini anda boleh lakukan follow-up pelanggan-pelanggan anda tadi.
Kerana sebelum mereka pulang mereka boleh singgah ke bank sebentar untuk membuat bayaran kepada anda.
(8 PM – 10 PM)
Pada masa ini pelanggan anda mungkin banyak masa lapang dan relax.
Masa ini sangat sesuai untuk anda lakukan promosi tentang produk anda kerana engagement yang tinggi adalah pada masa ini.
Kaedah storytelling dan force selling mungkin boleh digunapakai disini.
Storytelling akan menarik perhatian pembaca dan pembeli untuk membaca lanjut berkaitan dengan produk anda.
Jadi anda boleh ceritakan secara santai dan mudah faham untuk membuat prospek anda tertarik untuk habiskan bacaan mereka dan berpotensi menjadi pembeli produk tersebut.
Force selling ialah anda meletakkan tempoh masa tertentu untuk membuatkan prospek bertindak dan bayar dengan kadar segera.
Namun, nampak mudah tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan atau tips berniaga di Facebook personal. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa?.
Selamat Mencuba
Terima Kasih Membaca.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------