PETUA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Photo by Pranidchakan Boonrom from Pexels

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.


Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya. Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali sehari.

Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Makan biji buah Peria.
Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun. 

SELAMAT MENCUBA!! MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT!! =)

1. Air kelapa
Air kelapa kaya potasium, elektrolit, dan nutrisi penting lain yang diketahui boleh menurunkan tekanan darah. Sebuah kajian terbaru yang dilakukan di West Indian Medical Journal menemukan bahawa minum air kelapa boleh membantu 71% mengurangi tekanan darah.

2. Pisang
Kajian di Harvard Medical School melaporkan bahawa makanan yang kaya potasium nitrat dan potasium klorida seperti pisang adalah makanan yang ideal untuk menurunkan tekanan darah.

3. Kismis
Kajian di Louisville Medical Center menunjukkan bahawa sering makan kismis sebagai rutin setiap hari bisa menurunkan tekanan darah tinggi bagi orang yang dalam tahap pre-hipertensi.

4. Kunyit
Selain boleh digunakan sebagai bumbu dapur, kunyit ternyata juga boleh menurunkan peradangan dalam tubuh yang menyebabkan tingginya kolesterol dan tekanan darah. Kunyit yang secara aktif mengurangi peradangan pada akhirnya akan membantu menjaga fungsi kardiovaskular serta menjaga kelancaran aliran darah.

5. Semangka
Selain mengandung potasium, semangka juga mengandung asam amino yang boleh menurunkan tekanan darah. Hasil ini ditemukan oleh pengkaji di Florida State University.

6. Cokelat
Terdapat zat dalam cokelat yang boleh menurunkan tekanan darah dan memperluaskan pembuluh darah. Namun untuk mendapatkan zat tersebut, sebaiknya pilih cokelat gelap yang mengandung sedikit gula.

7. Susu skim
Susu skim dengan 1% susu boleh memberikan pengambilan kalsium dan vitamin D yang cukup banyak. Dua nutrisi ini bekerja untuk menurunkan tekanan darah hingga 3%-10%.

Itulah beberapa makanan yang boleh anda gunakan untuk menurunkan tekanan darah. Ada baiknya untuk tidak menunggu hingga tekanan darah melonjak, sentias jaga dan rutin diet pemakanan anda untuk mengawal tekanan darah anda.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama