Photo by energepic.com from Pexels |
Ada banyak cara sebenarnya untuk naikkan Follower.
Saya berikan 4 cara yang paling biasa orang buat dululah; antaranya:-1. FOLLOW INFLUENCER
Influencer ni bukan sahaja artis, tapi juga mereka yang famous dalam media sosial. So, tips nya adalah, pergi je follow banyak-banyak orang-orang yang famous ni. Lepas tu nanti mesti akan ada yang akan follow korang jugak.
Tapi step ni leceh sikit, sebab bila dah following banyak, nak kene unfollow. So, penatnya kat situ lah...
Tak nak follow orang tapi nak follower naik laju ? ada cara jugak sebenarnya, macam cara ke 2 di bawah...
2. BELI FOLLOWER
Ye, untuk beli follower ni, masing-masing ada pendapat sendiri. Ada yang rasa kalau beli membazir je. Tapi ada juga yang berpendapat, bila follower ramai, ini akan gain trust customer , sebab bila orang tengok follower kita ni sikit orang kurang percaya dengan kita, betul tak?
Untuk yang ni, ikut korang lah nak guna ke tak. Tapi saya rasa kalau newbie, beli je lah dalam 2000 orang dan kemudian jangan beli dah, cukup la beli sekali aje, sebabnya rosak Analytics Instagram ni nanti.
3. GUNAKAN #TAG
Pastikan korang guna #tag, untuk branding. Contohnya, saya jual Sejadah Gebu, jadi #tag yang saya akan guna adalah #sejadahgebu #sejadah #sejadahtebal #sejadahbulu dan seterusnya.. Semuanya berkisarkan sejadah sahaja.
Kemudian, kalau korang nak IG orang nampak, boleh gunakan #tag yang famous pada masa tu. Contohnya, #kekechallange #boboidimana #dinda dan apa-apa lagi la yang tengah trending.
Tapi tips trending ni, jangan guna kerap sangat. Cukup lah 1, 2 post je dalam seminggu. Sebabnya, ni namanya salah guna #tag, tapi berkesan la.. haha
4. ON POST NOTIFICATION
On post notification ni sangat berguna untuk kita jadi antara orang terawal komen di post ARTIS or INSTA FAMOUS. Peluang untuk komen kita di reply oleh artis tersebut pun agak tinggi. So orang akan lagi alert dengan IG kita. Bila netizen tengok korang punya komen di reply oleh artis atau Insta famous, sedikit sebanyak ianya akan jadi perhatian dan mereka akan melawat bio or profil IG korang.
Tapi pastikan komen korang tu ada kene mengena tau dengan post tu. Jangan duk komen hentam keromo atau promote produk korang kat dalam komen IG mereka, silap-silap kena banned pulak. atau kena report baru tahu 😂
Lepas je komen tu, mesti akan ada je follower yang akan masuk. InsyaAllah..
Cara ni sangat sesuai utk mereka yang rajin. Yang tak rajin pergi lah cari rajin tu duk kat mana dulu. 😅
Antara IG paling hots dan best utk stalk adalah Aliff Syukri. So on lah post notification, nanti kita komen sesama..
Khas Untuk Anda Yang Mahu Berniaga Di Instagram!
Ketahui Bagaimana Anda Boleh Meningkatkan Jumlah Follower Dengan Pantas Dan Meletupkan Jualan Produk Anda Di Instagram!
(… walaupun kini anda masih newbie & masih tiada akaun instagram!)
Mahu Tahu Caranya?
Sila klik gambar di bawah: