Photo by Alex Haney on Unsplash |
Apa Itu Like Marketing?
Adakah Like Marketing ini penting? Cuba anda lihat kebanyakan fanpage atau brand yang popular, mereka memiliki puluhan ribu fans, ada juga yang ratusan ribu fans. Kadang-kadang ada juga yang dah mencecah satu juta lebih fans!. Penting ke semua itu? Ya, memang sangat penting. Terutamanya jika anda serius nak berniaga dalam jangka masa yang panjang di Facebook.
5 Sebab Kenapa Perlu Like Marketing.
1. Bina Branding
- Branding adalah salah satu startegi marketing yang digunakan untuk jangka masa panjang. Lebih ramai orang yang tahu mengenaik bisnes anda lebih tinggi potensi untuk hasilkan jualan. Sesetengah orang sanggup membeli sesuatu produk/servis tersebut hanya disebabkan brand sahaja. Jadi anda perlu konsisten dalam buat iklan Like Marketing.
2. Bina Awareness
- Secara tak langsung dengan Like Marketing anda telah berikan awareness atau kesedaran pada suspek tentang kewujudan page atau bisnes anda. Akhirnya, mereka berminat untuk tahu lebih lanjut tentang perniagaan anda.
3. Bina Raving Fans
- Untuk hasilkan fans yang berkualiti dan loyal, lebih baik dari Like Marketing berbanding Page Post Engagement ataupun Boost Post. Ini kerana, mereka like page anda selepas melihat iklan Like bukan bentuk jualan anda. Langkah seterusnya, kerap bina engagement.
4. Prospects to Customer
- Mereka yang sudah menjadi fans adalah prospek yang sudah berminat dengan produk/servis anda tetapi masih belum bertindak atas sebab-sebab tertentu. Anda hanya perlu educate mereka dengan kongsikan tip-tip, info produk, create engagement dengan audiens dan pelbagaikan jenis post.
5. Meningkatkan Conversion Rate
- Mereka yang dah jadi fans anda berpotensi tinggi untuk menjadi pelanggan anda. Jangan berhenti buat Like Marketing, teruskan kerana ia membantu kempen strategi anda yang lain.
Baca artikel yang seterusnya Tiga Strategi Mudah Tambah 'Like'
Baca artikel yang seterusnya Tiga Strategi Mudah Tambah 'Like'