Facebook Pilihan Ramai |
Langkah-langkah di bawah dapat memanaskan enjin autoriti dan populariti buat semua usahawan di Facebook.
1) Listen, Listen, Listen
Sebagai pemilik bisnes di Facebook, modal gerakan pemasaran kita adalah menjadi seorang pendengar yang baik. Menjadi seorang pendengar dapat mengakrabkan diri kita dengan komuniti-komuniti berduit.
Lagi banyak kita mendengar luahan, pendapat dan perkongsian oleh komuniti Facebook, lagi mendalam kita dapat memahami keperluan mereka. Untuk itu, penting bagi setiap pemilik Facebook bertindak konsisten dalam memahami komunitinya. Cara paling mudah adalah bertanyakan soalan seperti:
"Apakah masalah yang anda hadapi ketika ini?
2) Teknik Showcase Success
"Lagi banyak kisah kejayaan dipaparkan, lagi tinggi nila autoriti bisnes dari kaca mata pelanggan."
Apabila kita mempunyai sejumlah pelanggan yang gembira dan sudah menikmati kejayaan yang diimpikan iaitu menggunakan produk atau servis, maka cara untuk tingkatkan populariti dan autoriti adalah menerusi teknik showcase success.
Teknik ini adalah menggunakan segala elemen multimedia seperti:
- Imej
- Video
- Audio
- Teks
- Kartun
Dengan mempelbagaikan segala instrumen multimedia di atas, kita membekalkan maklumat kepada komuniti Facebook, mengenai kisah-kisah kejayaan pelanggan yang sudah menggunakan produk.
Lagi banyak kisah kejayaan yang berjaya dilekatkan dalam Facebook, lagi meluas populariti, autoriti dan publisiti bisnes.
3) Relevansi
Sentiasa kekal relevan dalam industri. Caranya adalah mengambil berat tentang apa yang berlaku dalam arena bisnes kita. Sebagai contoh, jika kita menjalankan bisnes tudung, kita boleh kemaskini status Facebook dengan memberikan maklumat tentang fesyen-fesyen menggayakan tudung yang terkini.
Relevansi penting untuk membuatkan bisnes di Facebook kita kekal segar di mata pelanggan.
4) Sentiasa Kemaskini Status Facebook.
Untuk mewujudkan suasana bisnes di Facebook yang tiada tandingan adalah sentiasa mempunyai skrip sikap:
"Apakah pembaharuan yang boleh dilakukan supaya Facebook aku nampak segar dan baru?"
Pengguna laman sosial di internet suka pada pembaharuan. Cara untuk kemaskini Facebook anda adalah seperti berikut:
- Mengubahsuai reka bentuk grafik pada bahagian-bahagian tertentu Facebook (Contoh: Cover Photos, Profile dan sebagainya)
- Bersikap kreatif dan inovatif supaya dapat membuatkan rakan komuniti terus suka untuk melekat di Facebook anda.
- Anjurkan pertandingan atau program-program tertentu.
5) Rapat dan Akrab Dengan Komuniti
Autoriti dan populariti juga terbina apabila hubungan di antara pemilik bisnes dengan pelanggan itu akrab dan terpelihara. Rendahkan benteng komunikasi. Wujudkan suasana komunikasi yang aktif dalam ruangan Facebook anda.
Penting untuk kita berada dalam suasana pengguna lain merasakan bisnes kita mempunyai elemen sentuhan peribadi.
6) Suntik Inspirasi dan Motivasi
Berikan nyawa dan harapan kepada komuniti Facebook anda setiap hari, menerusi dos-dos motivasi dan inspirasi. Jutawa-jutawan bisnes di Facebook faham betapa pentingnya fungsi ini. Apabila kita bergerak sebagai Facebook yang bermanfaat, orang akan suka.
Malah orang ramai akan perkenalkan bisnes kita kepada rakan mereka tanpa segan dan silu. Kongsikan pautan-pautan video motivasi, inspirasi atau apa sahaja maklumat yang boleh tambah nilai diri komuniti Facebook anda.
7) Kolaborasi Autoriti
"Bekerjasama dengan orang popular, kita jadi popular. Bekerjasama dengan orang autoriti, kita terus pegang takhta autoriti."
Pilih sahabat-sahabat bisnes di Facebook yang sesuai untuk kita bekerjasama. Wujudkan hubungan yang baik di antara kedua-dua belah pihak supaya berjaya mencetuskan satu strategi yang dipanggil sebagai cross marketing.
Situasi ini berlaku apabila dua Facebook Pages yang berautoriti dan popular bergabung tenaga dan menceritakan nilai bisnes masing-masing kepada sasaran atau pihak yang berbeza.
Dapat sesuatu?
Klik sini sekarang!