PENTINGKAH BEKALAN DI DUNIA?

 

KLCC - Permandangan dari atas

HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA. DAN INI ADALAH PERJALANAN UNTUK MENUJU KE SATU DESTINASI YANG KEKAL DI SANA.

Sayidina Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Apabila kamu berada pada waktu petang, maka janganlah kamu menunggu pagi untuk beramal. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu menunggu petang untuk beramal. Beramallah kamu semasa sihatmu sebelum datang sakit dan gunakan hidupmu (untuk beramal soleh) sebelum datang kematianmu."

SEJAUH MANAKAH PENTINGNYA UNTUK MENYEDIAKAN BEKAL SEMASA HIDUP DI DUNIA?

Peluang Tunggal

Pentingnya dunia, inilah satu-satunya peluang untuk kita persiapkan bekal ini. Bayangkan kita sudah melepasi alam roh dan alam rahim.

Bahkan selepas alam di dunia ini pun, peluang itu sudah tamat. Di alam barzakh dan stesen seterusnya, kita hanya menunggu natijah sahaja.

Tarikh Akhir Tidak Diketahui

Hidup kita ada tarikh akhirnya, namun tarikh itu tidak diketahui. Ajal kita walaupun sudah tercatat di Luh Mahfuz, namun berada di luar pengetahuan kita. Disebabkan kita tidak tahu tarikh akhir hayat kita, maka kita tidak boleh bertangguh dalam usaha menyiapkan bekal dengan amalan soleh dan ketaatan.

Pasti vs Tidak Pasti

Dunia penuh dengan ketidakpastian. Esok belum pasti ada. Harta yang dikumpul belum pasti boleh kita gunakan andai sudah meninggal dunia. Pangkat dan nama tidak dibawa ke alam barzakh. Namun amalan soleh sebagai bekal memang amat diperlukan di akhirat nanti.

Dunia Sementara dan Hidup Kita Sangat Singkat

Dunia ini bersifat sementara dan tempohnya secara relatif amat singkat. Justeru, dunia bukanlah tempat untuk bersenang-lenang menikmati pelbagai pesona dunia.

Sebaliknya dunia ialah tempat berpenat-penat mengumpul bekal supaya senang kemudian di dunia yang baqa'.

Dua Masa Depan

Sedar atau tidak, kita mempunyai dua masa depan iaitu masa depan di dunia dan masa depan di akhirat. Dan kita ingin cemerlang kedua-duanya.

Sedekah Tidak Membuat Kita Miskin

Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kesudahan yang Baik Hanya bagi yang Bertaqwa

Karya ini adalah himpunan catatan daripada kuliah Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Mengandungi 100 tajuk dan dipecahkan kepada enam bahagian merangkumi akidah, ibadah, akhlak, ilmu hadis, isu semasa dan sejarah.

Kritikan dan saranan yang disentuh oleh Maulana dalam buku ini kebanyakannya berkisarkan realiti dan isu yang berlaku dalam masyarakat.

Memahami agama secara berstruktur dapat membantu seorang Muslim berfikir dan mengenal pasti kekeliruan serta bidaah.

Buku ini menjadi bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami agama dengan lebih luas dan rasional.

Taiuk menarik dalam karya ini:

1- Kesudahan yang Baik hanya bagi yang Bertakwa

2- Maksiat Berlaku dengan Kehendak Allah

3- Siapakah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah?

4- Ringkasan Aurat Wanita di Sisi Empat Mazhab

5- Kritikan pada Kitab Fadhailul A’mal

6- Panduan dalam Berinteraksi dengan Kaum Sufi






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama