Ini Antara 5 Menu TERHANGAT Yang Laris Dijual, Disukai Ramai & Bakal Menguntungkan Bisnes Bakeri Anda!
Pada hari ini, semakin ramai terutamanya suri rumah telah mula menjalankan Bisnes Bakeri sendiri dari rumah.. Anda boleh lihat dalam komuniti Whatsapp setempat anda, berapa banyak promosi yang menjual produk bakeri dari rumah setiap hari..
Jadi untuk pastikan Bisnes Bakeri anda mampu menjana keuntungan yang konsisten dan mengatasi para pesaing yang lain, anda perlukan menu yang "killer" - menu yang menjadi pilihan, yang dapat banyak tempahan & yang sangat disukai ramai orang.. Atau dalam kata lain, anda perlu menjual produk Bakeri yang sangat dimahukan pembeli! ;)
Dalam Bisnes Bakeri ada 4 jenis produk bakeri berbeza yang perlu anda tahu dan kuasainya kerana ia mampu menguntungkan anda sepanjang tahun..
#1 - Jenis Produk Bakeri Harian
- Produk bakeri jenis ini menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkannya setiap hari..
- Contohnya seperti cream puff, roti, muffin, kek cawan, kek gula hangus dan sebagainya..
#2 - Jenis Produk Bakeri Majlis
- Produk bakeri jenis ini pula merupakan produk tempahan khas untuk majlis-majlis tertentu..
- Contohnya seperti coklat handmade, tart "custom", kek dan sebagainya
#3 - Jenis Produk Bakeri Bermusim
- Produk bakeri jenis ini pula hanya akan dihasilkan pada musim-musim tertentu..
- Contohnya crepe durian, crepe mangga dan sebagainya
#4 - Jenis Produk Bakeri Perayaan
- Produk bakeri jenis ini dihasilkan pada musim-musim perayaan seperti hari raya dan sebagainya..
- Contohnya kuih tart untuk hari raya, kuih bulan, kuih semperit dan pelbagai biskut raya..
Untuk memastikan anda mendapat keuntungan yang lumayan dalam Bisnes Bakeri, anda perlu sentiasa peka dan mempunyai menu serta resepi terbaik bagi setiap jenis produk bakeri terutamanya produk bakeri harian, kerana ia merupakan sumber keuntungan harian anda.. Produk bakeri yang lain akan gandakan lagi pendapatan anda bila tiba masanya!
"Tapi Menu Apa Yang TERBAIK Untuk Bisnes Bakeri Anda?"
Ya, jika anda membuka Youtube, pelbagai jenis menu kek, roti dan pastri yang ajar sehingga membuatkan anda keliru untuk memilih mana satu menu terbaik serta paling sesuai yang boleh anda sertakan untuk Bisnes Bakeri anda.. Ini kerana pemilihan produk bakeri sangat penting dalam memastikan keuntungan jualan bisnes anda..
Berikut antara 5 menu TERBAIK yang boleh anda sertakan dalam Bisnes Bakeri anda..
#1 - Kek Lapis Masam Manis (Kukus)
Kes Lapis Masam Manis |
Kek lapis masam manis ini antara jenis kek yang sangat senang dibuat dan bahan-bahan yang digunakannya juga sangat ringkas tetapi mampu hasilkan kek yang membuatkan ramai orang terliur.. :)
Bahan-bahan untuk hasilkannya hanyalah telur, gula halus, tepung gandum, sedikit baking powder, ovalette, susu cair, minyak masak & esen vanila.. Ia dikukus antara 35-40 minit dengan api yang sederhana..
#2 - Kek Coklat Keju (kukus)
Kek Coklat Keju |
Kek coklat keju yang dikukus ini juga sangat mudah dihasilkan selain sedap di makan.. Struktur keknya yang lembut dan moist ini sangat menyelerakan sesiapa sahaja yang memandangnya..
Bahan-bahannya terdiri daripada telur, gula kastor, esen vanila, minyak jagung, susu segar, tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik, garam dan sedikit air panas untuk bahan kek SERTA krim keju, gula, telur, tepung dan air untuk bahan keju.. Kek dikukus dulu selama 20 minit sebelum ditambah keju & dikukus sekali lagi selama 30 minit..
#3 - Coklat Homemade
Coklat Homemade |
Coklat homemade ini biasanya ditempah mengikut jumlah yang banyak terutamanya untuk dijadikan doorgift bagi majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya.. Ia juga antara menu produk bakeri yang mudah dihasilkan dan menjadi kegemaran ramai orang terutamanya kanak-kanak..
Bahannya mudah sahaja iaitu coklat milk compound, minyak masak (jika perlu) dan bubble rice atau kekacang (jika perlu).. Coklat yang dileburkan ini dimasukkan dalam bekas-bekas mengikut bentuk pilihan anda, ditaburkan bubble rice atau kekacang dalamnya dan diletakkan dalam peti ais pada bahagian pendingin (chiller) selama 10 minit..
#4 - Sandwich Viral
Sandwich Telur |
Mahukan menu yang paling ringkas & laris terjual? Sandwich Viral inilah pilihan terbaik untuk anda.. Ia sangat mudah untuk dihasilkan dan bahan-bahan yang digunakannya pun tidak banyak dan boleh pelbagaikan lagi isinya ikut kreativiti anda sendiri..
Untuk hasilkan sandwich telur, bahan-bahannya hanyalah roti gardenia (atau lain-lain jenama roti), telur ayam, mayonis dan lada sulah serta tomato dan salad sebagai bahan sampingan.. Campur semua telur ayam yang direbus & dilecek, mayonis & lada sulah.. Dan letakkannya pada kepingan roti yang dah disusun dengan salad & tomato..
#5 - Cream Puff
Cream Puff |
Cream puff antara menu bakeri yang terlaris hampir di setiap kedai bakeri.. Ia bukan sahaja mudah dihasilkan, ia juga tidak memerlukan banyak bahan untuk menghasilkannya.. Dan rasanya juga sangat sedap & inti atau krimnya boleh dibuat ikut cita rasa anda..
Bahan-bahan asas untuk hasilkannya hanyalah air, mentega, garam, tepung, telur dan esen vanila sahaja.. Untuk intinya bergantung kepada pilihan anda sendiri.. Adunan cream puff yang telah siap dimasukkan ke piping beg, dipaipkan atas tray dan dibakar selama 20 minit..
Untuk hasilkan menu terbaik yang berkualiti SERTA mampu laris terjual di pasaran, pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi mengenai cara pembuatan bakeri & pengurusan bisnes terutamanya ilmu mengenai bahan asas bakeri SERTA mempunyai kelengkapan yang cukup sebelum memulakan bisnes bakeri anda.. Ini kerana tanpanya anda tidak mampu menghasilkan menu yang TERLARIS dan disukai ramai ini!
"Mana Nak Dapatkan Ilmu-Ilmu SERTA Kelengkapan Penting Tersebut?"
Untuk pastikan Bisnes Bakeri anda benar-benar berjaya, anda perlu menguasai ilmu bakeri, ilmu pengurusan dan sebagainya.. Inilah kunci UTAMA kepada kejayaan sesebuah Bisnes Bakeri walaupun anda hanya beroperasi dari rumah.. Setiap ilmu yang anda pelajari tentang bisnes & bakeri ini pasti mampu mengelakkan anda daripada hadapi risiko kerugian akibat kesilapan yang tak disengajakan..
Anda boleh mempelajari semua yang anda perlukan mengenai Bisnes Bakeri dari rumah ini dalam ebook "Panduan Bisnes Bakeri" yang ditulis oleh Puan Nik Roslin Nik Men.. Beliau merupakan seorang pengusaha bakeri dari rumah yang berjaya menjana pendapatan lumayan & konsisten hanya dengan menjalankan bisnes bakeri sendiri..
Ebook "Panduan Bisnes Bakeri" ini membongkarkan dari A sampai Z bagaimana cara TERBAIK untuk anda memulakan Bisnes Bakeri anda sendiri dari kosong sampai berjaya.. Semua ilmu dan senarai kelengkapan yang anda perlukan turut dikongsikan dalam ebook ini.. Ini rujukan TERBAIK yang anda perlukan untuk membuka Bisnes Bakeri yang berjaya!
Apa yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah..
- Penerangan SEBENAR cara memulakan & menguruskan Bisnes Bakeri Dari Rumah
- Formula 2M + 2P yang memudahkan anda kekal bermotivasi sepanjang berbisnes dari rumah.
- Strategi pemilihan produk bakeri yang TERBAIK untuk Bisnes Bakeri anda
- 4 langkah MUDAH untuk membuka bisnes bakeri dari rumah sendiri
- Senarai LENGKAP peralatan yang anda perlukan beserta anggaran kosnya
- Formula TERBAIK untuk menetapkan harga setiap produk bakeri
- 8 kaedah promosi yang BERKESAN untuk bisnes bakeri anda
- 5 kesilapan NGERI yang perlu dielakkan dalam bisnes bakeri
- 9 cabaran bisnes bakeri & cara TERBAIK untuk tanganinya
- Strategi BERKESAN menjana minimum RM2,000 setiap bulan dengan bisnes bakeri
- .. Dan 10 tips PENTING untuk hasilkan produk bakeri yang sangat berkualiti!
Dengan segala ilmu yang bakal anda pelajari dalam ebook "Panduan Bisnes Bakeri" ini, anda pasti mampu memulakan Bisnes Bakeri dari rumah anda sendiri dengan lebih lancar dengan kos yang minimum & mampu mendapat keuntungan lumayan hanya dengan membuat produk bakeri dari rumah anda.. Bukankah ini peluang terbaik untuk anda membuat duit?
Malah anda juga akan menerima 10 resepi produk bakeri TERLARIS yang boleh anda hasilkan dan jualkan kepada orang ramai dengan lebih mudah.. Ini mampu mambantu anda mendapatkan keuntungan lumayan & menarik lebih ramai pembeli untuk membeli produk bakeri jualan anda.. Ini mampu menggandakan lagi keuntungan anda!
Jom belajar sendiri cara SEBENAR yang terbukti BERKESAN untuk mulakan Bisnes Bakeri dari rumah anda sendiri dengan modal yang sangat minimum ini di: