6 Tips Temuduga Pekerjaan: Apa Perlu Anda Buat Sebelum Temuduga

 

Tips Temuduga Kerja

📢Tips Temuduga📢

 

1. Penampilan Diri

-Berpakaian kemas dan rapi juga merupakan satu perkara yang dititik beratkan oleh pihak penemuduga


-Bagi lelaki kemeja warna plain, tidak bercorak dan tidak menampakkan warna yang terang, tali leher, seluar slack warna hitam dan kasut bertutup warna hitam.


-Rambut mesti kemas dan tiada fesyen yang berketerlaluan, trim misai, trim jambang, trim janggut (buang jika perlu)


-Bagi wanita berbaju kurung warna yang tidak terlalu menonjol, tiada ikut potongan badan, tudung warna tidak menonjol, jangan terlalu banyak sangat sangat manik-manik ke apa ke, jangan mekap yang keterlaluan dan kasut bertutup.

 

2. Cara Kendiri

-Cara masuk setelah nama calon dipanggil. Hendaklah berjalan dengan cara yang sesuai/sopan. Point juga dikira melalui cara kendiri. Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk dan beri salam jika panel penguji adalah muslim.


-Terus serahkan fail yang mengandungi sijil dan dokumen yang perlu diserahkan kepada panel penguji dan jangan duduk sehingga diberitahu untuk duduk.


-Duduk dalam keadaan yang sopan dan selesa. Jangan menyandar atau membongkak badan. Pastikan ‘eye contact’ calon dan panel sentiasa bertentangan. Jangan jawab sambil tunduk atau malu-malu. Bukan orang nak meminang kita sampai nak malu-malu nak tunduk-tunduk. Kita nak mohon kerja...

 

3. Keyakinan Diri

-Hendaklah menjawab sesuatu soalan yang diberikan oleh pihak penemuduga dengan tepat dan cekap. Jangan terpinga-pinga sekiranya tak dapat jawab sesuatu soalan yang diberikan. Sebaliknya hendaklah menjawab "Maaf Tuan/Puan/Dato, saya tidak dapat menjawab soalan itu…" 


Dan pihak penemuduga akan menukar soalan yang lain .Sekiranya tidak dapat menjawab juga. Jawapan sama hendaklah diberikan. Penemuduga bukan mahu melihat sangat jawapan yang anda beri tetapi kecekapan menjawab menjadi keutamaan. Jangan pernah sesekali gelabah. Seelok-eloknya selawat semasa menunggu giliran untuk ditemuduga … 😁(sebagai tambahan bagi calon muslim)

 

4. Suara

-Setiap pertanyaan dan jawapan yang diberikan, hendaklah bersuara lantang (Bukan menjerit, terpekik terlolong dalam bilik temuduga). Tapi bersuara kuat dan jelas....

 

5. Sebab Ingin Bekerja

-Hendaklah dijawab dengan jawapan yang sesuai. (Jangan pulak cakap sebab nk beli kereta,beli rumah, nak cepat kahwin bagi yang belum berkahwin) dan tentu kena reject awal. Hahaha ..😂


-Jawab dengan jawapan-jawapan yang logik dan rasional. Itu terpulang pada daya pemikiran tersendiri


-Jangan negatifkan berkaitan isu negara dan jangan sesekali membangkang idea yang diberikan oleh panel sebaiknya fikirkan jalan yang selesaikan masalah itu..


-Jangan libatkan mana-mana parti politik dalam sesi temuduga.


-Jika ditanya sama ada sanggup ditempatkan di sabah atau sarawak.. Jangan sesekali saya tak nak sabah sarawak sebab jauh dengan family dan bla bla bla.. Di situ dah nampak korang tak berminat untuk jawatan tu. Panel cuma nak tengok kesanggupan kita bertugas walaupun di mana kita ditempatkan. Nak selamat jawab je "Ye, Saya Sanggup Ditugaskan Di Sabah Mahupun Sarawak" selesai masalah😂..panel tak tanya banyak dah..kalau dia tanya kenapa suka?..pandai-pandai jawab la..dia saja-saja je tu tanya ha..jawab je dengan baik.

 

6 . Akhir Temuduga

-Apabila selesai temuduga yang dijalankan, dan telah diberi kebenaran oleh pihak penemuduga untuk keluar, hendaklah berdiri tegak dan mengucapkan terima kasih kepada penemuduga sama ada berpangkat Tuan/Puan atau Dato' dan keluar melalui pintu yang di sediakan serta berjalan dengan cara yang sesuai. Jika lelaki dan panel penemuduga itu lelaki disyorkan salam sebelum keluar. Ibarat kita masuk rumah orang dan nak keluar mesti la ada sopannya..


Sekian, Semoga Urusan Temuduga Tuan/Puan/Saudara/Saudari Dipermudahkan Dan Peroleh Kejayaan


Carian kerja? Klik Sini >> Cari Kerja Kosong


FIRST TIME DAPAT INTERVIEW #SPA? INI RAHSIANYA KALAU NAK LULUS! 


Dapatkan dalam e-book “Rahsia Mudah Lulus Dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan” di bawah!


Tak mahal mana pun.. RM30 je!


Apalah sangat RM30 tu kalau nak dibandingkan dengan gaji yang anda akan perolehi sampai pencen nanti!


Terbaru Lebih lama