Fakta Menakjubkan Tentang Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

 


ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW (QS. Al-Isra':1)

Bulan Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam Islam, setiap umat Islam pasti menantikan bulan ini setiap tahun dimana pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar biasa yang mengemparkan serta menakjubkan fikiran, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Israk dan Mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.

Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat cuma memakan masa 1/3 malam.


Banyak peristiwa yang dialami dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.

Sehubungan itu, Umat Islam perlu yakin dan percaya bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku tanpa pengetahuan Nabi Muhammad SAW dan pengembaraan ini berlaku ketika baginda dalam keadaan sedar dan tidak ditidurkan.

Israk iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW bersama Malaikat Jibril dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis, Palestin) dengan menggunakan buraq.

Mikraj iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


Dan atas kuasa Allah sehingga Nabi Muhammad SAW menjalankan perjalanannya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sampai ke Sidratul Muntaha dengan menggunakan Buraq dan dalam waktu yang begitu singkat. Subhanallah!

Bagi orang yang tidak beriman, mungkin ini hanya fenomena belaka.

Kerana mereka tidak percaya dengan kejadian tersebut yang begitu cepat yang hanya memakan waktu sedikit saja.

Tetapi bagi kita yang beriman, kita wajib mempercayainya.

Dan tidak ada keraguan pada kita kerana memang peristiwa tersebut tejadi dengan seizin Allah.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Islam


MUHARRAM
-Maal Hijrah/Awal Muharram pada 1 haribulan
-Kematian Saidina Husein bin Ali ( cucunda Rasulullah s.a.w ) di Karbala pada 10 haribulan tahun 61 Hijrah.

SAFAR
-Peperangan Bani Qainuqak pada tahun ke-3 Hijrah.
-Peperangan Khaibar pada tahun ke-1 Hijrah
-Kegeringan baginda Rasulullah s.a.w

RABIUL AWWAL
-Perlantikan baginda Rasulullah s.a.w menjadi rasul.
-Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar di gua Hira' untuk berhijrah ke Madinah pada 2 , 3 dan 4 haribulan.
-Pembinaan masjid pertama di Quba' pada 8 haribulan
-Hari keputeraan Rasulullah s.a.w pada 12 haribulan.
-Ketibaan Rasulullah di Madinah dalam peristiwa Hijrah.
-Kewafatan Rasulullah s.a.w pada 12 haribulan.

RABIUL AKHIR
-Berlakunya peperangan Jamal (Unta), perang saudara pertama dalam sejarah Islam.
-Penyerahan kuasa pemerintahan dari Hasan b. Ali kpd Mu'awiyah.
-Tegaknya kerajaan Umaiyah.

JAMADIL AWWAL
-Kelahiran Saidina Ali bin Talib pada 8 haribulan.
-Berlakunya peperangan Bani

JAMADIL AKHIR
-Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia pada 23 haribulan tahun 13 Hijrah.
-Perlantikan Saidina Umar sebagai khalifah kedua pada 8 haribulan tahun 13 Hijrah.
-Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam tahun 13 Hijrah.
-Serangan atas Kota Makkah dan tembakan bangunan Kaabah tahun 7 Hijrah oleh tentera al-Hajjaj as-Saqafi.
-Pembunuhan atas Abdullah bin Zubir yang memerintah Kota Makkah oleh al-Hajjaj as-Saqafi bagi pihak Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
-Kelahiran Siti Fatimah az-Zahrah binti Rasulullah s.a.w pada 20 haribulan.

REJAB
-Berlaku peristiwa Isra' Mikraj pada 26/27 haribulan.
-Sembahyang lima waktu disyariatkan dalam peristiwa Isra' Mikraj.
-Berlakunya peperangan Tabuk, peperangan terakhir disaksikan Rasulullah s.a.w.

SYA'BAN
-Malam Nisfu Sya'ban pd 14 haribulan.
-Penukaran kiblat dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah pada 15 haribulan.
-Peperangan Bani Mustalik tahun ke-5 Hijrah.

RAMADHAN
-Bulan Ramadhan difardukan atas umat Islam mengerjakan ibadah puasa.
-Berlakunya peperangan Badar pd 8 haribulan tahun ke-2 Hijrah.
-Penyempurnaan pembukaan Kota Makkah pada 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah.
-Permulaan turunnya ayat-ayat suci al-Quran pada 17 haribulan.
-Tragedi pembunuhan Saidina Ali dalam tahun ke-40 Hijrah, beliau wafat dalam kecederaan ketika memasuki Masjid Kufah pada 17 Ramadhan tahun ke-40 Hijrah.

SYAWAL
-Umat Islam merayakan Hari Raya Fitri pada 1 haribulan.
-Berlakunya peperangan Khandak pada tahun ke-5 Hijrah.
-Kejayaan tentera Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas Bandar Madain.
-Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Parsi yang dikenali dengan nama Istana Putih.

ZULKAEDAH
-Peristiwa Umrah, Perjanjian Hudaibiyah dan Baiah Ridhwan berlaku dalam bulan ini.
-Rasulullah s.a.w menunaikan Haji Wida'.

ZULHIJJAH
-Orang Islam yang mampu difardukan menunaikan haji di Makkah pada setiap bulan ini.
-Peristiwa Haji Wida' berlaku pada 8 haribulan tahun ke-10 Hijrah.
-Rasulullah s.a.w menyampaikan pidato kepada kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai ibadah haji.
-Saidina Umar al-Khattab wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Parsi beragama Majusi pada malam Rabu akhir bulan ini pada 23 Hijrah.
-Saidina Uthman bin Affan dibunuh di rumahnya di samping tangannya memegang al-Quran pada 18 haribulan tahun 35 Hijrah.
-Penyerahan kuasa di Kufah oleh Saidina Hassan bin Ali kepada Muawiyah bin Abi Sufian. 

p/s : Dalam bulan-bulan islam ini terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dan kita sering melupakannya dalam kehidupan kita sekarang. Sebagai seorang muslim seharusnya mempunyai maklumat-maklumat peristiwa penting dalam bulan Islam. Semoga kita dapat hayati kembali jalan yang penah dilalui atau akan dilalui.

Insya'Allah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama