Cara Setup Google My Business (GMB) untuk Perniagaan (Part 1)

Google My Business Platform

Pengenalan Google My Business (GMB) Platform Marketing Online.

Google My Business (GMB) merupakan sebuah platform yang membolehkan perniagaan anda muncul di first page Google! 

Tak ramai dalam kalangan usahawan yang tahu kelebihan menggunakan platform ini. 

Boleh muat turun apps di Google Playstore dan Apple Store

3 Kelebihan guna GMB 

Berdasarkan petikan rasmi dari halaman Google, berikut adalah beberapa kelebihan GMB. 

1. Perkongsian dan Pengurusan Maklumat 

Perkongsian maklumat perniagaan anda yang dapat dilihat oleh pengguna Google semasa mereka mencari dan melayari maklumat perniagaan anda atau produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Pengguna Google akan mencari perniagaan anda di Google Maps dan mereka akan mencari maklumat seperti waktu kerja/operasi, laman web, dan alamat perniagaan anda di GMB. 

2. Membina Kepercayaan Bakal Customer 

Bila dah nampak availability business kita di internet, dah nampak maklumat berkaitan seperti alamat, jenis business dan sebagainya dan ada review dan rating serta testimonial daripada pelanggan lagi, ianya dapat menguatkan dan membuktikan yang business kita adalah legit dan beroperasi secara proper.

Ia dapat membantu membina kepercayaan kepada bakal customer terhadap business kita. 

3. Memudahkan Pelanggan Mencari Lokasi Perniagaan Anda.  

Mudah untuk bakal pelanggan nak tuju ke lokasi business kita, bila dah ada dalam GMB ini anda kena masukkan sekali maklumat lokasi perniagaan anda. Oleh itu bila pelanggan cari di Google dan tahu business anda di mana senang mereka nak tuju. 

Hanya click sahaja melalui google maps mereka akan terus dibawa ke lokasi perniagaan anda sama ada menggunakan google maps atau waze. 

Itulah tiga kelebihan menggunakan GMB, sekarang saya akan membincangkan cara membuat dan mendaftarkan akaun GMB. 

Kelebihan platform Google My Business


Cara Membuat dan Mendaftar Akaun Google My Business. 


Tak susah pun nak setup, anda boleh register kat sini: https://www.google.com/business/ 


kemudian click je "Manage now" dan follow step by step. Pastikan anda sudah mempunyai akaun gmail. 


1) Masukkan nama perniagaan anda. Contoh ‘Gerai Kuih Makcik Kiah’ (Gambar 1)

Gambar 1

2) Sekiranya bisnes anda belum muncul di carian, Klik Add Your Business. (Gambar 2)

Gambar 2


3) Masukkan maklumat syarikat anda (pastikan kategori anda adalah kategori yang betul) (Gambar 3)


Gambar 3

4) Masukkan lokasi dan alamat perniagaan anda dengan betul dan tepat. Ini penting, jika tidak dimasukkan, pihak google tidak akan verify atau mengesahkan alamat perniagaan anda. Silap-silap permohonan anda tidak berjaya. (Gambar 4 & 5)


Gambar 4


Gambar 5


5) Sekiranya alamat anda tidak ditemui oleh Google, maka klik Set Marker  Location dan pilih lokasi anda dengan tepat. Gerakkan marker (petanda) ke alamat anda. (Gambar 6)

Gambar 6

6) Sekiranya anda memilih Option  ‘Sending Goods To Customer’ maka masukkan poskod atau radius lokasi penghantaran. (Gambar 7)

Gambar 7

7) Seterusnya klik ‘I am authorized to manage this business and I agree to the Terms of Service’ dan klik Continue. (Gambar 8)


Gambar 8

8) Seterusnya Google akan meminta pengesahan untuk menghantar Kod Verifikasi menerusi POS.  Biasanya ianya mengambil masa  2 minggu untuk anda menerima surat cinta daripada Google.

9) Mudah bukan?


10) Selepas itu anda hanya perlu kemas kini Google Page anda. Ianya sama  seperti Facebook Page. Jika anda ingin cepat, masukkan maklumat-maklumat penting sahaja seperti No Telefon, Alamat Website. Ingat fungsi ini adalah memudahkan pelanggan mencari anda. Jadi pastikan ianya mempunyai kredibiliti. 


11) Apabila anda telah mendapat surat dari Google, anda masuk kembali ke business.google.com dan masuk ke page anda. Seterusnya klik  Verify Now. (Gambar 9)


Gambar 9

12. Masukkan kod yang anda dapat dan klik Submit. 

13. Selesai. 

Selepas itu apakah langkah seterusnya? Kita tunggu artikel seterusnya pulak. Bagaimana nak update content agar GMB kita seperti platform media sosial yang lain. Tunggu part 2!!



----------------------------------------------------------------------------------


NAK SALES NAIK MEROKET?

NAK BISNES #1 DI GOOGLE?

NAK KUASAI GOOGLE ADS?

INI PELUANG TERBAIK ANDA!


Terbaru Lebih lama