Nelayan mencari rezeki di laut |
Antara benda yang ubah minda saya semasa bermula berniaga online ini ialah kena set dalam kepala ayat ini, “Rezeki Allah tak ada limit.”
Jadi setiap kali saya usahakan sesuatu, saya letak target yang saya boleh capai melalui perkara yang saya rancang.
Kita selalu sebut dalam hati,“Boleh ke nak buat sales banyak ni?”
“Macam tak lepas je ni.”
“Mmm, tak yakinlah sales boleh pergi banyak macam ni.”
Jujurnya, itu bukan tak yakin ke diri sendiri. Kita tak yakin dengan kekuasaan Allah. Allah kan Maha Pemberi Rezeki, dan Allah boleh beri apa sahaja yang kita nak, kita minta, kita mohon.
Masalahnya ialah apa yang kita nak dan usahakan itu sering tak sama.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang ahli perniagaan ini, kata beliau,
“Nak duit banyak, kena minta dari Allah. Saya sendiri pun ada 2 kilang baju ready made dan 1 kilang buat barang plastik bukannya tiba-tiba masuk order. Semua itu kena minta.
Dan adab meminta serta keseluruhan perangai kita itu sepadan dengan apa yang kita nak.
Hati kita, jiwa kita, tubuh kita, otak kita semua selari. Tak ada tipu sana tipu sini.
Ramai orang berniaga, dengan diri sendiri pun dia nak menipu.
Contohnya: dia cakap dia berniaga nak tolong orang. Namun dia tak habis-habis joli duit dengan kemewahan, sedangkan dia duk sembang merata nak bantu sana sini.
Macam mana Allah nak teruskan buka pintu rezeki “tolong orang” itu kepada dia? Itu dah tertutup 1 pintu.
Ada banyak pintu rezeki yang Allah sediakan untuk semua orang,
Pintu sedekah,
Pintu hadiah,
Pintu niat,
Pintu istighfar,
Pintu selawat
Pintu jaga hati emak ayah,
Pintu jaga hati adik beradik,
Pintu menyantuni orang,
Pintu senyum,
Pintu berbaik dengan anak dan keluarga,
Pintu kebaikan dengan kakitangan,
Pintu kebersihan,
Pintu kekemasan,
Pintu baik dengan mentua,
Pintu kebajikan jiran,
Pintu sedekah hari jumaat,
Pintu memberi saat susah,
Ada banyaaaaaaaak lagi! Dan kita kena jaga semua pintu ini baik-baik supaya rezeki kita masuk tanpa henti-henti.
Kau nampak sekarang? Sebab itu rezeki Allah tak ada limit. Kita yang pergi hadkan dia.
Nak usaha buat ini, kau tak jaga hati staff, kau lupa tanggungjawab emak ayah. Kau begitu kau begini, dan sales tak capai kau kata Allah tak kasi kau rezeki.
Heh, tengok diri sendiri dulu ya nak! Saya beli BMW pertama pun umur saya 47 tahun. Selepas saya berniaga 8 tahun. Sebelum itu, masih pakai kereta itu (beliau tunjukkan Hiluxnya).
Dulu sales saya RM1.5 juta ke RM1.8 juta sebulan. Sekarang bolehlah dalam RM34-40 juta sebulan. Bergantung. Alhamdulillah.”
Kawan-kawan,
Ramai yang duk set limit dalam kepala sebab kita sendiri sentiasa ada had nak lakukan sesuatu. Jujurnya, Allah boleh beri apa sahaja.
Cuma, kita ini banyak sangat pintu yang kita belum buka. Cuba buka satu demi satu, dan kalian akan rasai keindahan berniaga atau bekerja itu sebuah kepuasan.
Datangnya rezeki sihat, rezeki ujian yang kita boleh hadap dan tentunya rezeki bayar hutang sampai habis, dapat tunaikan umrah dan haji serta dapat hidup bekeluarga dengan bahagia dicapai.
Kita yang pegang kunci-kunci tersebut, nak buka atau tutup, bergantung kepada kita. Dan, Allah tahu semua itu.
Ini salah 1 cerita tentang rezeki kita semua, ada lagi pelbagai cerita yang bagus untuk kita tahu supaya rezeki kita sentiasa luas dan tak berhenti datang.
Jom dapatkan ebook 55 Rahsia Rezeki. Klik gambar di bawah ini sekarang juga!