KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

 


Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.


Solat mestilah dilaksanakan dengan segera mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ibadat solat mempunyai kepentingannya dan berkait rapat dengan kehidupan manusia. Antara kepentingan solat dalam kehidupan seharian ialah:


1) Solat membina keperibadian dan akhlak yang mulia. Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah, maka jiwa kita akan mengalami perubahan dari satu keadaan yang buruk ke satu tahap yang lebih baik. Dengan solat, seseorang akan belajar mengenai sifat sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut.


"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya." (Surah al-Maarij ayat 19-23)



2) Dapat menjaga pelakunya daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan dosa serta mengikut hawa nafsu. Apabila solat dilakukan dengan sempurna dan khusyuk, ia akan dapat mempengaruhi jiwa pelakunya untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT.


3) Solat menjadi jalan keluar bagi orang yang beriman apabila menghadapi sebarang kesulitan atau kesusahan. Dengan solat, jiwa orang yang beriman akan menjadi tenang dan tenteram, lantas mereka dapat mengharungi segala ujian dan cubaan dengan tabah.


"Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud (solat)". (Surah al-Hijr ayat 97-98)


4) Sebagai pembuka jalan atau permudah cara yang dapat mempermudahkan rezeki kita.


"Dan (Tuhan berfirman lagi); sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Surah al-A'raf ayat 96)


=========================================================

Dapatkan buku ini di pasaran sekarang!

Sipnosis:

Menunaikan solat ialah rukun Islam yang kedua.

Menunaikannya adalah satu kewajipan bagi seorang muslim.

Tetapi, apakah yang menyebabkan Allah mencela hamba-Nya yang menunaikan solat?

Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?

Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis yang memberikan refleksi berpandukan kerangka pemikiran al-Quran.

Penulisan ini bukanlah bermaksud untuk memberikan pentafsiran baharu bagi ayat al-Quran.

Tetapi, konsep penulisan ini lebih cenderung kepada tadabbur, iaitu penghayatan dan aplikasi ayat mengenai isu kontemporari selain bertujuan mendidik masyarakat supaya menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan zaman moden ini.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Semoga Allah membimbing kita.




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama