Tip Memilih Produk

Photo by Austin Distel on Unsplash

TIGA TIP MEMILIH PRODUK


Pertama - Margin Untung Yang Tinggi

Di Internet, pastikan anda menjual produk yang mempunyai margin untung yang tinggi. Elakkan produk yang mempunyai margin untung rendah seperti kurang daripada RM10.

Hal ini demikian kerana anda perlu mengambil kira:

KOS PENGHANTARAN + KOS PENGENDALIAN + MASA = HARGA

Sekiranya produk yang anda jual mempunyai untung yang rendah, fikirkan sama ada boleh membuat pakej beberapa produk tersebut untuk meningkatkan lagi nilai dan keuntungan. Tidak perlu memjual satu produk sahaja. Tetapi cuba pakejkan menjadi lima produk dalam satu pakej.

Kedua - Produk Susah Didapati.

Produk yang ideal juga ialah produk yang susah untuk didapati di kedai yang berdekatan. Apabila sesuatu produk itu susah untuk didapati di kedai, pelanggan tanpa henti panjang akan terus membeli daripada anda melalui online.

Sekiranya produk anda boleh didapati dari kedai yang berhampiran, pastinya pembeli lebih cenderung membeli di kedai kerana tidak perlu menunggu beberapa hari untuk produk tersebut sampai kepada mereka.

MEREKA AKAN LEBIH SANGGUP MELUANGKAN MASA DAN TENAGA UNTUK MENDAPAT SESUATU DENGAN LEBIH PANTAS SEKIRANYA PERLU.

Ketiga - Produk Belian Kerap Atau Produk Keperluan

Satu idea lagi ialah untuk menjual produk belian kerap, iaitu produk yang akan dibeli lagi sekiranya habis. Hal ini demikian kerana pelanggan anda akan membeli lagi dan lagi daripada anda untuk menggunakan produk tersebut.

Contoh produk seperti vitamin, produk kecantikan, produk kesihatan dan lain-lain. Apabila habis digunakan, pelanggan akan mencari anda kembali untuk belian seterusnya.

Mendapatkan jualan seterusnya daripada pelanggan sedia ada adalah jauh lebih mudah daripada mendapatkan jualan daripada pelanggan baharu.

INI ADALAH KERANA PELANGGAN SEDIA ADA SUDAH TAHU DAN YAKIN MEMBELI DARIPADA ANDA.
------------------------------------------------------------
Rahsia Bagaimana Anda Boleh Mempunyai Website E-commerce Sendiri Dengan Kos Serendah 40 Sen Sehari! 

Memperkenalkan Panduan Buat Duit Dengan E-commerce...




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama