Membuka Peluang Perniagaan

peluang perniagaan
Photo Credit to Photo by Austin Distel on Unsplash
Boleh atau tidak perniagaan yang anda jalankan memberi 'peluang perniagaan' kepada orang lain? Hal ini demikian kerana ramai orang ingin mencari peluang perniagaan. Permintaan dalam bidang ini adalah sangat tinggi.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual tudung kepada individu, beri juga peluang untuk mereka yang ingin berniaga tudung untuk membeli secara pukal daripada anda. Sekiranya anda menjual buku atau barangan lain, bina satu sistem supaya orang ramai juga boleh menjual buku tersebut atau barangan lain sebagai ejen atau dropship.


sistem dropship
Sistem Dropship
Malah menarik lagi jika anda boleh bina sistem marketing affliate seperti laman web yang terbaik dengan sistem affliate seperti Amazon.com.

"Anda sedia maklum bahawa sembilan daripada sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan."

Orang ramai juga ingin mendapatkan rezeki tersebut. Oleh itu, dengan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai, ini seumpama membuka pasaran baharu terhadap produk dan perkhidmatan anda yang belum pernah anda fikirkan.


sistem pemasaran affiliate
Sistem pemasaran affliate

"Memberi peluang perniagaan kepada orang lain akan membuka lebih banyak peluang berniaga kepada anda!"





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama